Free Hit Counter .: DERAP TAPAK INSAN BERKELANA :.
BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 23, 2010

Macam-macam Ada...

Lama aku tak update blog aku ni...sibuk dengan kedai aku la ni...nak-nak bulan puasa ni banyak tempahan yang aku dapat...buleh dikatakan hari-hari ada tempahan...kalu tak dak tempahan group pun nanti ada tempahan meja...kadang-kadang aku kesian kat orang yang sampai lambat dah tu tak dak meja nak duduk...nasib baik la untuk bulan puasa ni aku dapat kebenaran MPPP nak bukak kanopi kat depan kedai aku tu. Buleh la ramai skit duduk. Lagi satu tujuan kanopi tu untuk nak bagi peluang kat orang-orang kat kampung blakang tu jual kuih. aku memang sengaja tak sediakan kuih kat kedai aku untuk bulan puasa ni sebab kat depan kedai aku tu dah ada orang jual kuih. aku tak mau nanti orang tu kata dah aku jemput dia jual kat depan kedai aku pastu aku potong kepala dia plak.

Psiapan raya tahun ni aku tak dapat nak buat sangat. aku memang busy sangat-sangat dengan kedai n kolam aku. Aku serah bulat-bulat kat isteri aku untuk buat apa yang dia rasa nak. Tapi setakat ni aku tengok tak la banyak sangat budget Nana kuar untuk blanja persiapan raya ni. Cuma untuk baju raya banyak gak Nana beli kat aku. Aku pun tak tau bila nak pakai baju tu semua. Tahun ni raya aku nanti mula beraya kat Penang dulu. hari raya ke-4 baru aku balik umah mertua aku nanti. Macam tahun-tahun sebelum ni, raya ketiga nanti family belah bapak nanti buat gathering. Riuh la nanti hari tu...Tahun ni aku yang kena masak untuk kenduri tu...alamatnya awal-awal pagi lagi aku dah kena pi nanti...

Nana dalam dok wek tu dia try gak nak puasa...tapi ada gak kantoi...tak pa...bukan sengaja...Skang ni wek Nana dah kurang...tak la sekerap dulu dia wek...dulu pantang bau apa-apa akit mesti wek...skang ni dah ok skit...

Ok la...aku nak tido jap...tgh hari nanti nak gi kedai plak nak siapkan barang2 nak bniga nanti....adios...

Sunday, August 1, 2010

Pening....Sabor Je La....

Heran aku...apasal la isteri aku ni mengandung teruk betoi...muntah je memanjang...masuk ni dah 3-4 kali aku bawak dia gi jumpa doktor...tapi jawapan yang aku dapat dari doktor buat aku tak sronok..."Jangan risau...tu perkara biasa dalam peringkat awal kehamilan...tambah-tambah hamil anak sulong..."macam mana la doktor leh kata tu biasa...aku tak rasa pun benda tu biasa...sampai naik lunyai nana aku tengok...kesian dia...
Skang ni aku tak tau macam mana nak handle benda ni...smalam aku call mak...mak gelak bila aku cerita masalah nana...dahnya mak mai tengok menantu dia yang dok wek tak brenti...bonda plak dah kalut nak mai tapi papa cakap biar dulu...ishk...ntah la...tapi yang bestnya nana tak banyak plak mintak nak makan apa2...slalaunya dia teringin nak makan benda yang mampu aku masak sendiri...cuma ada skali tu dia teringin nak makan roti sapu tempoyak....itu je yang pada aku pelik dia mintak...(walhal aku pun makan gak skali ngan nana...)
Apa pun aku sedar tu la pengorbanan istri aku sebab nak bagi zuriat kat aku...bila tengok nana macam ni buat aku makin sayang kat dia...aku sedar besar pengorbanan nana untuk aku...sebab tu aku tak kisah kalau nana kejutkan aku tengah2 malam sebab nak makan apa2...kalau dia buleh bersusah payah mengandung anak aku apasal aku tak buleh bersusah payah untuk jaga nana dengan anak aku yang dalam kandungan tu...
Nana...abang sayang nana...muah..muah...muah...

Tuesday, July 20, 2010

Tak sihat yang sangat sihat

Baru-baru ni nana slalau ngadu kat aku dia cepat letih dengan sakit kepala.rasa memusing macam nak pitam. Smalam masa kami baru balik saparan nana dekat-dekat nak pengsan. nasib baik kami dah sampai rumah masa tu. bila aku ajak nan gi check kat hospital dia tak nak (memang takut gi hospital istri aku ni....). Dahnya dia cuma makan panadol pastu tido....

Tengah hari tu lepas balik dari jumpa supplier aku tengok nana tak sedar lagi dari tido. Kesian dia...sakit sangat nampaknya. Aku pujuk nana gi klinik jumpa doktor yang kebetulannya customer tetap kat cafe aku. sampai kat sana kami dapat masuk awal sebab aku dah buat appointment dengan doktor tu...bila dia check dia kata semua ok...heart beat ok...tekanan darah ok....yang penting nana tak under pressure...cuma doktor andaikan mungkin kurang senaman...tapi dia tetap bagi surat untuk kami gi hospital untuk buat medical checkup lagi...

Aku paksa gak nana gi hospital sebab aku nak gak tau apa masalah dengan istri aku ni...sampai kat sana kami masuk jumpa doktor...lepas buat semua check aku dapat berita yang sangat-sangat buat aku tkezut...AKU NAK JADI AYAH!!!!!!!!!! nana mengandung dah sbulan....best gila aku dapat berita tu....sampai sekarang ni aku tak dapat nak bayangkan betapa aku bersyukur dan gembira sangat-sangat dapat berita tu...bila aku bagi tau bonda terjerit-jerit dia bukan main seronok lagi....

Mulai sekarang ni aku kena jaga nana elok-elok sebab anak kami ada dengan dia. to all friends...ahad ni aku ada buat kenduri kesyukuran kat kedai aku dari pukul 1 tgh hari sampai 9 malam...jemput-jemput la datang...bawak la sapa pun korang nak bawak...no limit...makan ari tu aku masak sendiri special untuk semua yang datang....

Ok la...aku pun nak kuar dah...ada hal skit nak setel....adios dari bakal ayah....

Thursday, July 8, 2010

Patutnya aku marah tapi aku gelak...

Tadi aku gaduh jap ngan nana. kes cukup mudah dan senang...semburu buta sebab dengar cakap orang. benda tu aku dah pesan awal-awal lagi kat nana jangan buat tapi hari ni dah jadi macam tu..

Ceritanya macam ni...

Kawan nana nampak aku dengan sorang gurl kat butik perkahwinan tengah hari tadi.aku plak dengan gurl tu masa kat butik tu memang rapat...siap melawak dan mesra lagi. dah tu kawan nana ni dengan bangganya balik pejabat dah tu bagi tau kat nana yang dia nampak aku dengan "skandal" aku dan aku curang dengan nana. lagi sempoi punya cerita dia bagi tau aku plan nak kawin dengan gurl tu. istri aku ni dah mamang jiwa halus terus merambu air mata. trus mintak balik half day. dah balik rumah memang la aku tak ada kat rumah masa tu sebab aku kat butik perkahwinan dengan so called "skandal" aku. pukul 3 macam tu bila aku sampai rumah aku nampak kereta nana. aku ingat dia tak sihat sebab balik awal. tup tup bila aku masuk rumah terus kena tanya soalan bertubi-tubi. dah tu nana siap dah kemas bag baju lagi kononnya nak balik kampung...(Isteri aku ni kalu mrajuk memang dasat....jangan buat main...)aku yang tengah blur ni tak tau nak jawab apa sebab aku tak tau hujung pangkal cerita...dahnya bila aku kena serang je tak tentu hala mula la hati ni pun nak panas tapi bila fikir aku sayangkan nana aku cuba cari punca...dahnya baru la aku tau cerita sebonarnya...dah aku kena call "skandal" aku tu datang rumah explain kat nana...nasib baik la nana dah ok lepas tu..time aku plak nak membebel kat dia...(mana buleh aku je kena fire..)tapi at last kami dah ok balik...

Hmmmm....tu jalan ceritanya.....sekarang ni fakta cerita....

1. Aku memang ke butik perkahwinan tu...
2. Aku memang gi butik tu dengan sorang gurl...
3. Aku dengan gurl tu memang mesra abih masa kat butik tu dan aku dengan gurl tu pun mesra kat luar...
4. Gurl yang aku maksudkan tu anak saudara aku...
5. Aku gi butik dengan dia bukan dirancang...kami kebetulan jumpa masa aku lalu kat butik tu.So dia ajak aku temankan dia skali sebab dia nak tanya pendapat aku untuk baju yang dia nak sewa...
6. Dia sewa baju bukan untuk nikah tapi untuk pementasan teater sekolah dia ngajar...


Pengajaran cerita ni....

Jangan nak serbu tak pakai helmet sayang...kalu tak jatuh tak per la..kalu jatuh sakit teruk nanti...

Wednesday, June 30, 2010

Tadi masa kami jalan2 nana ada bagi tau niat dia nak berhenti keja. alasan dia, dia pun rasa yang kami tak dapat nak luangkan masa bersama kalau 2-2 kerja. lagi pun kalau dia berhenti kerja dia leh gak tolong aku dengan hal2 akaun syarikat. banyak lagi hal yang kami bincangkan berkaitan nana nak berhenti kerja. kami call bapak dengan papa tanya pendapat. jawapan bapak dengan papa cukup senang...dah besar panjang...buat pilihan sendiri.fikir yang terbaik untuk masa sekarang dan masa depan. tadi masa kat rumah kami dah capai kata sepakat. aku setuju nana berhenti kerja. sekarang ni kami nak kena plan perancangan untuk masa depan kami. benda tu nanti kami nak fikir lepas balik honeymoon.

balik honeymoon ni nanti aku nak start kumpul bahan untuk buku aku yang ke dua. bahan utama dah ada cuma bahan sampingan aku nak cari lagi. kalau dulu aku buat pasal english and italian food, kali ni buku aku berkisarkan royal malay food. kalu nak tau apa cerita kena tunggu buku aku siap dulu. dalam buku aku sebelum ni aku banyak paparkan pandangan dan tips2 dari chef profesional, kali ni aku pilih untuk paparkan jugak pandangan dan tips masakan dari "chef" kampung.

ok la...nana dah panggil....nak titon...

Tuesday, June 29, 2010

Esok dah nak gi pun.

Esok nana dengan abang nak gi honeymoon kami yang ke-2. Happy sangat sebab at last kami dapat lari dari dunia orang untuk bersama dalam dunia kami saja. Dunia nana dan abang. Harap-harap semua akan berjalan lancar sepanjang percutian kami.

Nana dah fikir habis. Nana nak berhenti kerja jugak. Dah tak larat nak jauh dengan abang. Tapi apa pun nana kena bincang dengan abang dulu. Harap-harap abang setuju dengan apa yang nana cadangkan nanti. Nana tau abang nak ada sorang antara kami yang ada kerja tetap tapi nana tak nak hari-hari kami jauh walaupun hakikatnya kami tinggal sebumbung. Sebab tu nana nak berhenti kerja. Lagipun nana buleh tolong abang kat kedai. Leh gak tolong-tolong abang buat akaun syarikat.

harap-harap abang setuju dengan apa yang nana fikir ni. Ok la...nak bersiap. Abang ajak kuar gi jalan-jalan. Nana nak gi bersiap. Lambat nanti tak puas kami nak jalan-jalan plak...Adios...

Buat Dia Yang Kucintai...

Start esok aku cuti sampai jumaat ni. sabtu ni baru bukak kedai balik. aku dengan nana nak gi bercuti. honeymoon kami yang kedua lusa ni. kali ni kami pilih destinasi dalam negara je. kami nak gi sabah. dah lama aku tak gi sana. semua tempahan dah buat. aku mintak member aku kat sana uruskan.
Ada yang akan kata kami ngada2 sebab blum apa2 dah nak gi 2nd honeymoon tapi aku rasa perlu untuk kami. Sebabnya kami masing2 sibuk dengan kerja. Kami jarang dapat masa berkualiti bersama. Bila ada kesempatan aku rasa kami perlu untuk bersama memperelokkan mood kami dan masa tu la kami nak bersama tanpa ada sebarang gangguan. untuk elakkan dari sebarang gangguan aku pilih untuk keluar dari penang.
Aku tak kata kami semakin renggang. salah faham dalam perhubungan tu biasa la tambahan pulak kami baru dalam nak betul-betul menyelami hati budi dan kami masih nak biasakan diri dengan pe'el masing2. cuma aku rasakan dari lepas semua majlis nikah kawin kami, kami jarang sangat2 dapat masa untuk buat something sama2. kami susah sangat nak dapat masa yang betul2 berkualiti untuk kami berdua. walaupun kami sedaya upaya kami berusaha untuk pastikan setiap hari kami kami akan luangkan masa berdua tapi masa yang kami dapat selalunya tak seberapa. balik dari kedai selalunya aku dah letih dan nana plak nak kena tido awal sebab esok pagi nak gi keja. selalunya kami cuma dapat dalam 2 ke 3 jam sehari untuk kami duduk bersama tanpa ada orang lain dalam dunia kami sendiri.
Apa pun aku sentiasa doakan aku dan nana akan dapat mengharungi liku2 kehidupan kami bersama2. aku akan buat apa yang terbaik untuk pastikan kami tetap kami dan aku buat semua ni untuk dia yang aku cintai....
Salam....

Saturday, June 26, 2010

Apa nana dah buat ni....

Ya Allah...apa nana dah buat kat abang ni...nana rasa bersalah sangat buat macam ni kat abang.rasa nak nangis je.nana sedar nana tak patut buat abang macam tu.nana sedara nana tak patut paksa abang kuar supper tadi.nana tak lapar pun cuma saja nak gi minum2 kat kedai mamak.dah tu nana paksa abang kuar.

Abang merajuk tadi.dia penat pastu nana plak paksa2 dia kuar ngan nana.dah tak pasal2 nana kena sergah dengan abang.nana tak salahkan abang sergah nana.nana tau nana salah.nana tau nana bukan isteri yang baik sebab nana pentingkan diri nana je.

Abang...nana mintak maaf sangat2 kat abang...

Friday, June 25, 2010

At last...

At last...nana dah balik penang pun.dah ada dengan abang. rindu sangat nana kat abang. pi kursus pun hati tak tenang teringat kat abang. jangan la lepas ni kena gi kursus lagi. nana tak leh nak jauh dengan abang. gi keja pun nana cepat-cepat nak balik jumpa abang apa lagi gi kursus...lagi la nana nak jumpa abang.

Tadi masa sampai kat jeti nana terus lari gi kat abang. dapat je trus peluk abang. semua orang tengok...kalu fikir-fikir balik malu plak tapi lantak la...nana bukan peluk orang lain pun..tu SUAMI nana...biar apa orang nak kata nana tak peduli. nana rindu sangat kat abang. rindu masakan abang...rindu abang peluk nana...

Masa kat langkawi papa ada call tanya khabar anak dia ni. nana nangis bagi tau papa nana rindu kat abang. dah kena gelak dengan papa. dia kata macam budak-budak tapi nana tak kisah semua tu. nana betul-betul rindu kat abang. nak nangis kat abang tak leh plak sebab abang tak bagi nana nangis sebab abang kata nanti dia pun nangis sama. ishk abang ni...ada ka macam tu plak...

Apa pun nana happy sangat sebab nana dah balik penang ada dengan abang....muah...muah...muah...muah...sayang abang...

Tuesday, June 22, 2010

Aku rindu Nana...

Hari ni aku sorang je kat umah. Nana ada kursus kat langkawi sampai lusa. Bosannya aku tak der nana. Kalau dia ada buleh gak teman aku bsembang. Yang paling tak bestnya malam ni aku tido sorang2. Apa nak buat dah dia ada urusan keja. Terpaksa la aku lepaskan dia.

Tadi papa call. Dia bagi tau ada kedai buku berminat nak jualkan buku aku tu. Alhamdulillah...Minggu depan wakil syarikat tu nak jumpa aku nak bincang pasal harga dan komisyen. Member aku plak promote buku aku tu kat Chef tempat dia keja. Dah dapat 6 tempahan.

Kedai aku Alhamdulillah tak putus pelanggan. cuti sekolah baru ni ramai yang mnyinggah makan. Sibuk gak aku masa cuti sekolah baru ni. Kena plak ada 2 hari staff aku cuti. Makin kalut aku jadinya. Dah kak ana kena "import" staff luar. Dia panggil adik ipar dia tolong 5 hari. Lega sikit aku ada orang tolong backupkan.

Pasal kolam plak aku Insyaallah nanti start projek baru kat SP. Even bukan projek syarikat sepenuhnya tapi kami tetep pilih nak buat jugak sebab kalau projek ni berhasil kami buleh gunakan sebagai batu loncatan untuk projek lain. Projek kali ni 70% big bro aku yang uruskan. Aku nak siapkan paperwork untuk projek lain kat sini so tak dapat nak fokus sangat untuk projek kat SP tu.

Ok la...aku dah nak tido...tido lambat nanti esok lesu plak aku...Nana...abang rindu Nana...